Monday, March 15, 2010

PELANCARAN ALBUM BARU HPA RAIHAN DAN PRODUK BARU MINYAK WANGI




Tarikh : 17hb March 2010 (Rabu)
Jam : 8.00 Malam
Tempat : De Palma Ampang

Bersama :
Tn. Hj. Ismail b. Ahmad (Pengarah Urusan 1 ),
Tn. Hj. Fisal b. Ahmad Tajuddin (PU 2)
Ust Adnan Bin Fadzil (GM AWM / Pengurus Zon Tengah)
En. Mohd. Faisol b. Abd. Rahman (GM AWM / Pengurus Zon Borneo & International)

Kerusi terhad : 700 orang ( dalam Ballroom ).

LCD Plasma Besar akan disediakan di luar Ballroom

Datang ramai-ramai. Bawa prospek dan rangkaian anda. CUTI SEKOLAH...... PERCUMA !

Friday, November 20, 2009

Fikir Positif

Fikiran negatif adalah sangkaan buruk pada orang lain, pada apa yang mereka lakukan, pencapaian mereka dan sikap mereka. Fikiran negatif ada pada orang yang suka mengomplen, suka mengata dan suka bercakap hal-hal buruk oran.

Elak untuk berfikiran negatif. Elak untuk beremosi negatif seperti marah, geram, dendam, sakit hati, tertekan atau tak puas hati sebab kesannya amat teruk.

Emosi-emosi ni semua jika digabung dengan fikiran negatif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi negatif dan orang-orang negatif yang akhirnya membuat kita bertemu dengan pelbagai masalah yang tak ada hentinya. Mungkin juga kita akan ditemukan dengan kegagalan-kegagalan yang tidak berkesudahan.

Kita tak nak macam tu..kita nak mencapai kejayaan dalam hidup, bukan permasalahan.

Fikiran negatif kerjanya memusnahkan – memusnahkan usaha-usaha kita, kerajinan kita dan kejayaan-kejayaan kita sama ada kejayaan besar atau kejayaan kecil yang kita dah bina. Ada orang yang dah berjaya, kejayaannya hilang musnah sedikit demi sedikit sebab dia berfikiran negatif simply dengan beremosi negatif. Hidupnya pula dilanda masalah-masalah yang tak berhenti munculnya.

Kita sebagai manusia sangat beremosi memang mudah dihinggapi emosi-emosi negatif sebab orang disekeliling kita ramai yang macam tu. Kita mudah untuk terperangkap dengan emosi-emosi negatif. Sebab itulah kita mesti bijak kawal emosi, berushaa kekalkan rasa gembira, berusaha membuat diri kita ‘feel good’ sepanjang hari supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi menggembirakan seperti yang kita mahukan selama ini.

Bila kita gembira sentiasa, kita akan mudah mencapai apa yang kita hajatkan. Jadi, berusahalah menggembirakan diri sendiri.

Kekalkan keseronokan bekerja, kekalkan rasa bahagia di dalam hati kita, kekalkan rasa bersyukur pada Allah Yang Maha Esa, nikmati rasa cinta yang mekar berbunga di sanubari kita supaya kita terhindar dari emosi-emosi negatif.Pada para penggerak dan aktivis HPA di ingatkan supaya kikis sifat negatif ini.Penuhi diri anda dan waktu anda dengan penuh kesungguhan gerakerja HPA agar dapat bias positive serta ketakwaan pada Allah sepanjang kehidupan yang singkat ini....Wasalamu..